Wednesday, August 19, 2009

MARI IKUTI

GOLONGAN lelaki dan wanita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian sedia ada serta perlu mencari alternatif bagi menambah kemahiran atau pengetahuan.

Tanpa mengira sama ada bekerjaya atau suri rumah sepenuh masa, setiap individu digalakkan memperbaiki pencapaian diri supaya mampu menjana pembangunan ekonomi keluarga mahupun diri sendiri.


Menyedari kepentingan membantu golongan yang telah ingin meningkatkan kecemerlangan kerjaya Institut Generasi (Generasi), sebuah institusi pengajian milik penuh Bumiputera memberi peluang kepada sesiapa yang berminat mengikuti PROGRAM PERSIJILAN PROFESSIONAL kelolaannya.


Kaunselor program, Suhaila Osman berkata Generasi peka dengan kehendak majikan yang terlalu memerlukan pekerja mahir, jadi penawaran program sedia ada diharap mampu membantu mempertingkatkan kemahiran diri dan pengetahuan.


Menurut suhaila lagi, peluang itu terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang dan pencapaian akademik.Peluang ini bertujuan membantu khususnya golongan wanita mempertingkatkan kemahiran sedia ada atau menambah pengetahuan GENERASI menyediakan peluang pendidikan dan kemahiran dengan sempurna. Dalam senario dunia hari ini, kedua-dua elemen berkenaan penting bagi menjana peningkatan kualiti diri, keluarga dan negara, kata suhaila lagi.


TIGA PROGRAM JANGKA PENDEK DITAWARKAN GENERASI


1) SIJIL PENGURUSAN PEJABAT/PERKERANIAN BERKOMPUTER

2) SIJIL ASAS KOMPUTER

3) SIJIL PERAKAUNAN (UBS)


Semua program berkenaan mengambil masa empat bulan dengan jadual waktu fleksibel serta yuran berpatutan.


Menurut Suhaila,

Generasi sentiasa komited dalam menawarkan program berkualiti serta berbaloi dengan pelaburan dikeluarkan.Kualiti aspek paling utama kerana mahu setiap pelajar berbaloi dengan pelaburan dibuat.


Setiap modul dan tenaga pengajar sentiasa dipantau dan berkelayakan. Teknik pembelajaran juga lebih kepada konsep jurusan ijazah walaupun program hanya jangka pendek. Paling penting, semua modul disediakan tidak akan membebankan pelajar, lebih praktikal, tanpa tugasan atau peperiksaan.


Sehingga kini Generasi melahirkan lebih 10,000 pelajar. Tahun depan, institut itu menjangka mempunyai 3,000 pelajar aktif.


Antara faedah ditawarkan Generasi ialah suasana pembelajaran kondusif, lokasi strategik, fasiliti lengkap, modul dalam bahasa Melayu dan jaminan keselamatan. INDIVIDU yang berminat UNTUK MENINGKATKAN KERJAYA MEREKA boleh hadir ke pejabat Generasi yang terletak berhampiran dengan LRT/STAR MASJID JAMEK atau hubungi talian 03-20704081 (Cik Suhaila / Shaliza). Bagi yang mendaftar awal diskaun RM400 bagi pendaftaran akan diberikan.

No comments:

Post a Comment